Wednesday, December 16, 2009

“masalah itu ujian daripadaNYA"


Suatu ketika aku bersendirian dan memikirkan sesuatu tanpa panduan orang lain, banyak andaian yang aku buat dan yang sedang aku persoalkan sekarang ialah adakah senang untuk hidup di dunia yang fana ini? aku kini sering saja melihat perbuatan seseorang, tindakan dan gelagat mereka. dalam erti kata lain, cara mereka merealisasikan hidup mereka. Ada masa aku tergelak sendiri jika mereka membuat sesuatu di luar jangkauan. Ada masa aku terkenang tatkala mereka membuat sesuatu yang pernah aku lakukan dan ada sesetengah perkara membawa aku untuk berfikir apabila mereka melakukan perkara yang tak pernah aku buat.ERMMM(mengeluh)..
Tiap orang mengalami cerita kehidupan yang berbeza-berbeza. sekali-sekala timbul rasa untuk hidup dalam ruang individu lain aka dengki..hehe. angan-angan dan mimpi timbul serentak. yalah, melihat kenikmatan yang mereka kecapi, timbul rasa ‘nak tumpang sekaki’. haha. tapi pasti timbul rasa malu ingin berbuat demikian. jadi tinggallah kita sendiri dengan hidup dan impian yang tak seberapa ni.
Menapak atas hari-hari mendatang yang tidak lekang kita ditarah sang mentari. ha, tak faham lah tu. haha. maknanya, meneruskan kehidupan tidak pernah kering dari masalah. masalah, masalah. problem, problem.ujian,ujian spoil, spoil. huh! inilah yang aku persoalkan. senang ke hidup kat dunia ni dengan walaupun dengan sedikit nafas lagi? masalah yang membelenggu aku sering dilihat tiada penyelesaian hinggakan aku rasa mahu meletupkan kepala aku di hadapan cermin.keboomm..hahaha..
Bekas cikgu Geografi merangkap cikgu kaunseling aku yang bernama En Ruwiyani Bin Hashim pernah berkata “masalah adalah corak hidup kita“. tanpa beliau memberikan maksudnya, aku sudah mengerti sekarang ini apa yang dikatakan corak kehidupan. cuba kita bayangkan hidup tanpa masalah? aku rasa tiada apa yang menarik. tanpa masalah, kita akan menjalani hidup yang sama setiap hari. tiada liku, tiada susah,tiada ujian daripada NYA bersamaan tiada corak. yalah, hidup gembira sahaja tanpa tahu ‘nikmat’ susah. jadi, pada aku selagi kita bergelar manusia yang normal pasti kita akan mengalami tekanan yang bernama masalah. bersyukur atas masalah yang menimpa, mungkin ada hikmah atas ketentuan-Nya. tapi jangan sengaja cari masalah atau kamu akan menerima bala-Nya.
kesimpulannya daripada semua ini adalah aku redha dengan kesemua masalah yang ALLAH S.W.T berikan kerana itulah adalah ujian untuk hambanya sebagai Khalifah di muka bumi ini...Walauapapun yang berlaku sekarang,aku kena tabah menghadapi kesemua ujian ini walaupun sesekali aku terpikir mampukah aku mengharungi hidup dengan sedikit lagi nafas diberi olehNYA ini.

No comments:

Post a Comment