Saturday, December 26, 2009

Fakta mengenai Azan…sungguh menakjubkan!!



Mungkin ramai yang dah tahu tetapi pada yang belum, disini aku ingin berkongsi rahsia dan fakta Azan..

tahukah korang wahai kawan-kawan yang ku, Azan yang dilaungkan oleh muazin dari surau atau masjid sebenarnya ’sahut menyahut’ dari satu negara ke satu negara, atau dari satu tempat ke satu tempat di seluruh dunia TANPA BERHENTI or bak kata omputih NON STOP setiap hari, 24 jam sehari, 365 hari setahun dengan tanpa kita sedari!

hasil kajian mendapati;(kajian ini aku perolehi daripada blog sahabat Facebook ku yang berasal daripada Pakistan yang telah aku terjemahkan ke bahasa ibunda.Bahasa Melayu)

sebagai contoh kita mulakan dari Indonesia, perbezaan masa antara timur dan barat Indonesia adalah 1-1/2 jam. Belumpun laungan
Azan di merata Indonesia selesai, ianya bermula pula di Malaysia.

Berikutnya di Myanmar dan dalam masa satu jam selepas Azan dilaungkan di Jakarta, tiba giliran Dhaka di Bangladesh..berikutnya laungan akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar di barat India.

Perbezaan waktu di kota-kota Pakistan adalah 40 minit jadi dalam jangka masa ini, Azan akan berkumandang di seluruh Pakistan

Belum berakhir di Pakistan, Azan akan bermula pula di Afghanistan dan Muscat.

Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam.

Dalam jangka masa ini, Azan akan berterusan dilaungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman, Kuwait dan Iraq.

Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik.

Jarak masa Azan mula dilaungkan di Indonesia sehingga ke pantai timur Atlantik adalah 9-1/2 jam.

Belum pun Azan Subuh berkumandang di pantai Timur Atlantik, Azan Zuhur kini sudah mula dilaungkan di Indonesia.

Ini berterusan bagi setiap waktu sembahyang, tidak putus-putus.

Subhanallah, begitu hebat dan agungnya ISLAM!

Kalaulah setiap kawasan boleh memasang pembesar suara (yang power habis!), akan bergegar satu dunia dengan laungan Azan yang tidak putus-putus itu..MASYAALLAH...

No comments:

Post a Comment