Tuesday, December 29, 2009

kisah aku & misi(nurse)



Misi santek - Adik,(wah bangga dah umur 22 tahun ni orang panggil adik lagi) tekanan darah rendah sangat ni..tak cukup darah merah,(vampire mesti x taste kat aku) meh akak check lagi sekali..
Aku- Rendah ker, saya hari-hari makan daging kak.. ( dengan muka cuak )
Misi santek - Tak semestinya, ayam..ikan ..udang pun kena makan dik(wah adik lagi)
Aku - Saya selalu makan KFC kak? ( Muke kconfidem )
Misi santek - Hurm..check lagi skali k..
Aku - Ok..sambil menhulurkan tangan..
= Semasa mengepam, mesin menunjukkan ' error '..jengjeng3..
Misi santek - Ehh..kenapa nih, jap akak tukar bateri..maybe dah pakai lama nih..
Aku - hee..ok...(otak aku dah confius)
= Pam kali kedua, kejadian berulang...'error' huh! mengapa ini harus berlaku kat aku(tambah drama sikit)haha???
Misi santek- Adik tekanan darah terlalu rendah, lepas ni pastikan makan makanan berkhasiat okay..
Aku - Erk..ok..ok...timakasih kak!!
= Aku bagi salam dan beredar=bye2 nurse santek!!

Jadi, baru aku tahu aku tak cukup darah merah yang akan membuatkan badan aku gagal menyerap kolestrol pada jangkamasa panjang.oh goshhh..means kemungkinan berlaku kegemukkan di hujung usia.x mauuu.hahahaa...sumpah aku ngeri doi!!!

Saturday, December 26, 2009

Untuk Yang KidAL jErr..



My frenz kat YM pernah bagitau yang kat PJ ade satu kedai yang menjual barangan untuk orang kidal, ni alamatnye...kalaula korang nak p ke...kan..kan

Left-Handed Convenience,No.6, First Floor,
Jalan SS2/61,47300 Petaling Jaya,
Selangor D.E
Malaysia.

kedai ni de jual barang2 special for left-handed person..mmg rase diri dihargai sesangat..kalo g kedai tu, sume benda yang dijual hanya untuk penggunaan tangan kiri.. best...
kat bawah ni de sample pic barang2 yg terdapat kat kedai tue..

ni lah pembaris orang kidal...beza tau dengan pembaris biasa



pelbagai alat diorang de jual...g je la usha-usha....kot2 ade yang berkenan dihati tuk bg gift kat aku...hehe



bawah nie lak ade pic pisau pengupas kulit ubi ke, timun ke, buah ke...tok orang kidal nak masak...


Ok lepas ni lau korang rajin usha2 kedai ni k....mana tau ader besdey gurl or boy yang kidal..bole la korang kasi gift yang spesel ni...hehe...


OK la....sampai sini dulu yerr..mau mandi n solat dulu..salam.
p/s:setiap tahun lebih 40,000 kecederaan oleh tangan kiri akibat menggunakan peralatan tangan kanan...

Lefthanders of the world,unite!!




Hari 13 Ogos setiap tahun,hari ini diisytiharkan sebagai Hari Kidal Sedunia,Namun, tidak bererti aku pun turut sama meraikan hari tangan kiri sedunia tersebut. Itu budaya Barat, biarkan mereka sahaja yang menyambutnya..dianggarkan 10 peratus dari keseluruhan penduduk dunia adalah kidal.Ini bermakna 700 juta manusia diseluruh dunia menggunakan tangan kiri sebagai tangan utama mereka.nak tau lebeih lanjut tengok kat wikipedia...

Walaupun kini dianggarkan 700 juta penduduk dunia adalah kidal,namun diskrimikasi terhadap kami masih lagi jelas.Mereka menggunakan adat,agama dan sebagainya untuk terus menafikan kewujudan kami.Di sekolah-sekolah,masih terdapat lagi guru-guru menyebat tangan pelajar kidal untuk belajar menulis.Peralatan untuk tangan kidal dijual dengan harga yang sangat mahal.Tangan kiri dianggap kotor dalam pelbagai fahaman.Tangan kiri dipanggil bahasa-bahasa yang menjijikkan seperti "sinistro" dalam bahasa Itali(berbunyi seperti sinister),Ciotog dalam bahasa Irish bermaksud "awkward",Gauche dalam bahasa Perancis bermaksud "maladroit",dan sebagainya.

walaupun orang kidal sering dilabel dengan stigma yang negatif, dikatakan ada satu kelebihan yang mereka miliki iaitu ciri kepimpinan, ops, ini bukan aku cakap, tapi dalam kajian yang aku baca ler kat google search… antaranya termasuklah Alexander The Great, Julius Caesar, Napoleon Bonaparte, Bill Clinton, George Bush, Ronald Reagen, John Kennedy, Lee Hsien Loong dll. Malah Barrack Obama pun kidal. Man Kidal apatah lagi kan.

ni list yang aku jumpa kat wikipedia:

Berikut adalah daftar orang kidal terkenal:

* Albert Einstein
* Harry S. Truman
* Ronald Reagan
* Bill Clinton
* Barack Obama
* Bill Gates
* Leonardo Da Vinci
* Babe Ruth
* Napoleon Bonaparte
* Marie Curie
* Jimi Hendrix
* Tony Iommi(Black Sabbath)
* Dominic Howard (Muse)
* Ringo Starr (Beatles)
* Zacky Vengeance
* Phil Collins (Genesis)
* Tom Cruise
* Lord Baden-Powell (founder gerakan Pramuka)
* Julia Roberts
* Tom Cruise
* Slyvester Stallone
* Bruce Willis
* Keanu Reeves
* Michelangelo
* Raphael
* Robert DeNiro
* Angelina Jolie
* Marilyn Monroe
* Charlie Chaplin
* Noel Gallagher (Oasis)
* Oscar DeLa Hoya
* Valentino Rossi
* Monica Seles
* Iker Casillas
* Petr Cech
* Lin Dan
* Julius Caesar
* Joan of Arc
* Alexander the Great
* Fidel Castro
* Nicole Kidman
* Lionel Messi
* John McCartney (Beatles)
* Victoria dari Britania Raya
* aku la..Badrole Hasker..haha..
* Kurt Cobain, vokalis dan gitaris grup musik Nirvana

Nota Kaki Kiri: Berangan jugak hendak menulis dengan tangan kanan. Alangkah bagusnya kalau penulis boleh menggunakan kedua-dua tangan untuk menulis...bole x???

Aku seorAng KIdal...



aku tak tahu sama ada kengkawan aku sedar atau tidak yang aku ni KIDAL or LEFTHANDED,Serius tak tahu apa itu kidal?? Sila tanya pakcik Google ya.actually, i'm a left-hander person di tahap tertinggi or super gaban la sehinggakan kekadang aku rasa tangan kanan aku macam tak berfungsi je kerana aku jarang guna guna tangan kanan ni...huhuhu

‘kesengsaraan’(bole ke guna ayat ni??) aku bermula sejak aku di tadika lagi(pehh rindu lak kawan2 tadika..mana korang ark??lebey2 fatehah nabila tu..my first love tu) time ini aku tak tahu menulis huruf S dan angka 2 dengan betul…aku akan tulis S jadi 2 dan 2 jadi S...pecah lombang..kih3..

seingat-ingat aku masa darjah 2 baru masalah itu dapat di atasi,Alhamdulillah.. Satu lagi masalah orang kidal macam aku ini ialah corak tulisan..ALLAH S.W.T jer yang tau...

aku akui tulisan aku dan kebanyakan orang kidal ni tak cantik,macam-macam kata yang dilontarkan kepada aku..aku ingat lagi kawan sekolah aku pernah berkata"tu la tulis lagi tangan @^&#,kan dah tulisan macam @*#% . macam biasalah, orang akan kutuk tulisan kami jadi begitu sebab guna tangan @#*%...saborr je la...

tapi korang kena faham, masalah sering terjadi kerana apabila menulis, tangan individu kidal sering terkena pada tulisan..

malah, pandangan terhadap apa yang ditulis juga terhalang oleh tangan, masalah ini tidak dihadapi individu kanan kerana korang menulis dari kiri ke kanan dan tangan tidak terkena pada tulisan..bertuahkan korang??


Bila kita menggunakan tangan kiri nie, banyak kesukaran yang kita hadapi tau...terutamanya time kat sekolah..waktu nak menulis atas meja, mesti siku tertempis siku kawan yang ada kat sebelah kiri..kesian kat kawan tu, tulisan dia terus jadi herot dan comot..terseksa gilakk...kalau sume dalam kelas tu left-handed xpe..ini tak, majoritinye guna tangan kanan..even kat U pun still alami masalah yang sama..
antara masalah lain yang dihadapi oleh orang kidal macam aku ini apabila menggunakan pengasah pensil (kerana kedudukan mata pisau), membuka pintu khususnya jika tombol pintu berbentuk tangkai, menggunakan alat pembuka tin dan botol, menggunakan pembaris, garpu yang ada mata pisau (garpu kecil biasanya digunakan untuk sajian manisan) dan pisau kek (jenis lama yang ada pemotong pada belah kiri)



pic atas ni salah satu contoh barangan tuk orang kidal..ader saper nak bagi gift kat aku x???hehe..plez3..
so...gitu lah serba sedikit cite pasal kidal.... kengkadang memang ade yang xsuka. Contohnya mcm aku, time aku makan nasi dengan tangan, i will use my right hand..but bile guna sudu or garfu or pisau...mesti akan guna tangan kiri, so ade la yang tak suka dengan cara aku tue... tapi aku nak wat camne, nak belajar guna tangan kanan untuk buat sume tue agak susah..memandangkan umur sudah agak dewasa ni(dewasa kah)..uhuk!! da keras da nak belajar menda baru ni..kalo guna tangan kanan untuk makan especially guna garfu and sudu, sure 3 jam pun belum tentu abis makanan tue...tambah-tambah plak makanan tu jenis mee@bihun dan yang berkuah...huh...agak mentensionkan... jadiknye, saye bersyukur atas ape yang saye ade... yang penting orang yang hidup dengan saye boleh terima diri saye seadanya....yeah!!!!!


PS:aku seorang kidal... jangan pelik kalau aku amik barang guna tgn kidal...
aku bkn x sopan.... aku cuma kidal...

Fakta mengenai Azan…sungguh menakjubkan!!



Mungkin ramai yang dah tahu tetapi pada yang belum, disini aku ingin berkongsi rahsia dan fakta Azan..

tahukah korang wahai kawan-kawan yang ku, Azan yang dilaungkan oleh muazin dari surau atau masjid sebenarnya ’sahut menyahut’ dari satu negara ke satu negara, atau dari satu tempat ke satu tempat di seluruh dunia TANPA BERHENTI or bak kata omputih NON STOP setiap hari, 24 jam sehari, 365 hari setahun dengan tanpa kita sedari!

hasil kajian mendapati;(kajian ini aku perolehi daripada blog sahabat Facebook ku yang berasal daripada Pakistan yang telah aku terjemahkan ke bahasa ibunda.Bahasa Melayu)

sebagai contoh kita mulakan dari Indonesia, perbezaan masa antara timur dan barat Indonesia adalah 1-1/2 jam. Belumpun laungan
Azan di merata Indonesia selesai, ianya bermula pula di Malaysia.

Berikutnya di Myanmar dan dalam masa satu jam selepas Azan dilaungkan di Jakarta, tiba giliran Dhaka di Bangladesh..berikutnya laungan akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar di barat India.

Perbezaan waktu di kota-kota Pakistan adalah 40 minit jadi dalam jangka masa ini, Azan akan berkumandang di seluruh Pakistan

Belum berakhir di Pakistan, Azan akan bermula pula di Afghanistan dan Muscat.

Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam.

Dalam jangka masa ini, Azan akan berterusan dilaungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman, Kuwait dan Iraq.

Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik.

Jarak masa Azan mula dilaungkan di Indonesia sehingga ke pantai timur Atlantik adalah 9-1/2 jam.

Belum pun Azan Subuh berkumandang di pantai Timur Atlantik, Azan Zuhur kini sudah mula dilaungkan di Indonesia.

Ini berterusan bagi setiap waktu sembahyang, tidak putus-putus.

Subhanallah, begitu hebat dan agungnya ISLAM!

Kalaulah setiap kawasan boleh memasang pembesar suara (yang power habis!), akan bergegar satu dunia dengan laungan Azan yang tidak putus-putus itu..MASYAALLAH...

Wednesday, December 16, 2009

“masalah itu ujian daripadaNYA"


Suatu ketika aku bersendirian dan memikirkan sesuatu tanpa panduan orang lain, banyak andaian yang aku buat dan yang sedang aku persoalkan sekarang ialah adakah senang untuk hidup di dunia yang fana ini? aku kini sering saja melihat perbuatan seseorang, tindakan dan gelagat mereka. dalam erti kata lain, cara mereka merealisasikan hidup mereka. Ada masa aku tergelak sendiri jika mereka membuat sesuatu di luar jangkauan. Ada masa aku terkenang tatkala mereka membuat sesuatu yang pernah aku lakukan dan ada sesetengah perkara membawa aku untuk berfikir apabila mereka melakukan perkara yang tak pernah aku buat.ERMMM(mengeluh)..
Tiap orang mengalami cerita kehidupan yang berbeza-berbeza. sekali-sekala timbul rasa untuk hidup dalam ruang individu lain aka dengki..hehe. angan-angan dan mimpi timbul serentak. yalah, melihat kenikmatan yang mereka kecapi, timbul rasa ‘nak tumpang sekaki’. haha. tapi pasti timbul rasa malu ingin berbuat demikian. jadi tinggallah kita sendiri dengan hidup dan impian yang tak seberapa ni.
Menapak atas hari-hari mendatang yang tidak lekang kita ditarah sang mentari. ha, tak faham lah tu. haha. maknanya, meneruskan kehidupan tidak pernah kering dari masalah. masalah, masalah. problem, problem.ujian,ujian spoil, spoil. huh! inilah yang aku persoalkan. senang ke hidup kat dunia ni dengan walaupun dengan sedikit nafas lagi? masalah yang membelenggu aku sering dilihat tiada penyelesaian hinggakan aku rasa mahu meletupkan kepala aku di hadapan cermin.keboomm..hahaha..
Bekas cikgu Geografi merangkap cikgu kaunseling aku yang bernama En Ruwiyani Bin Hashim pernah berkata “masalah adalah corak hidup kita“. tanpa beliau memberikan maksudnya, aku sudah mengerti sekarang ini apa yang dikatakan corak kehidupan. cuba kita bayangkan hidup tanpa masalah? aku rasa tiada apa yang menarik. tanpa masalah, kita akan menjalani hidup yang sama setiap hari. tiada liku, tiada susah,tiada ujian daripada NYA bersamaan tiada corak. yalah, hidup gembira sahaja tanpa tahu ‘nikmat’ susah. jadi, pada aku selagi kita bergelar manusia yang normal pasti kita akan mengalami tekanan yang bernama masalah. bersyukur atas masalah yang menimpa, mungkin ada hikmah atas ketentuan-Nya. tapi jangan sengaja cari masalah atau kamu akan menerima bala-Nya.
kesimpulannya daripada semua ini adalah aku redha dengan kesemua masalah yang ALLAH S.W.T berikan kerana itulah adalah ujian untuk hambanya sebagai Khalifah di muka bumi ini...Walauapapun yang berlaku sekarang,aku kena tabah menghadapi kesemua ujian ini walaupun sesekali aku terpikir mampukah aku mengharungi hidup dengan sedikit lagi nafas diberi olehNYA ini.

Tuesday, December 15, 2009

~~BiLA hAtiKU X KeRuan~~HanyA PaDaMU aku BERsujud




~~~hAtiKU X KeRuan~~~

entAH kEnAPA semENjak 2 MENjak ni HatiKU X keruan
SemUA memORI LaMa MENJenguK KEmbALi dalam hidup ku sAMpai
AkU TERmimpi2...
ADa memORI indah,MEMori LukA Dan juGA MemorI Yang akU seNDIRI Tidak
pASTI...

AKu mula memiiRKan masa lepas,masA seKarang, dan jugA
mASa depAN YANG BELUM tentu lAgi KEADaannya..
Aku Syukur padaMU kerana masih memberi peluang untukku kembali ke jalan benarMU.
YA ALLAH S.W.T BANTULAH HAMBA MU INI PADA SAAT AKHIR NYAWA KU INI MASIH DIKANDUNG BADAN....Kini.....PaDAMU aku BERsujUD..REDHA SEGALANYA JIKA INI MASA AKU DIJEMPUT OLEH MU.....

Wednesday, December 9, 2009

~kEnaNGaN kitEr2 mAsE KeCik2 DuLu(Lau kOrANg iNGat leR)~~
budak2 yg lahir pd thn 85-90an mesti ingat
mase skola rendah dulu:
(seKARanG diAoRang Dah TUa jAdI Mak BuDak N bAPak BuDAK DaH)):

- kat skola ade salesman jual buku
cerita n BUku cOlor2.
ari ni bg list, esok mintak duit
beli walaupun cerita buku tu dah ada n dah tAW.

salesman susu pon camtu gak.


- kat library, budak2 mmg baca buku tp
just tengok gamba je.
bile ade program
Nilam, sebok semua nak pinjam buku.
saper pinjam byk buku di ler juara nilam taun tu..

- RMT kat skola mkn x best, tp yg
berduit pon join RMT, x phm....

- pakai pensel box yg bole bukak dpn
blkg, pastu ade sharpener kat tgh2 die.syamok!!!~~


- main lwn pemadam, syg nak guna utk
padam.
padahal itu fungsi sbnr, utk padam!
pemadam di beli mesti yg ada gambar..
yg laki gambor utraman,batman etc manakala pompuan lak
ada gambor sailormoon n etc.

- pakai pembaris yg bergerigi, kat dlm
ade air pastu ade bende berkilat dlm air tu.


- cikgu pakai pembaris kuning pjg.
Ade
pemegang kat tgh2 tp x penah nmpk cikgu
pgg pon kat situ.


- bulu ayam jd ramping krn sering
dijadikan rotan.
sakit siot kena rotan dengan bulu ayam ni...

- time pendidikan seni, lukis sume boleh
tp bile time kaler sume hampeh cam taik...
ade gak
buat anyaman pakai kertas warna, kolaj
la, ape la...

- main game 2D.
super contra, super
mario, street fighter, sume pakai tape.
kire timez tu dah hebat~~~

- jam tgn Boy London jd idaman, sbb bole
tuka2 kaler ikut suhu n cuaca.
kononnya bole bertukar power ranger la....haha

- takut BCG tp lepas inject poyo la pulak...
yg dah kena cocok berlagak jer~~

- balik skola beli JoJo xpon Dendang.

Tora pon best gak guna duit belanja..
Beli se mata2 nak
mainan, coklat die x mkn pon.


- Kasut berlampu kat tapak, yg iklan die
kat tV bole tembak alien tu...pengaruh iklan la ni...

- Siri kartun; power rangers, ultraman,
transformers, ninja turtles,
Thundercats, maskman, Gaban dan mcm lg.
dulu citer2 ni waktu tayangan time magrib..sanggup ponteng ngaji..

jgn lupe sume ni sbb zaman skrg budak2 x
smpt lyn bende2 ni dah....
kite akan sentiasa
berubah,masa cepat berlalu...
time really flies cume asal-usul kite yg
permanent.
huhu~

ni la baru zaman kita kawan2..yeah~~~

mesti kita akan tersengih2 bila baca benda ni kan??
ni laa waktu kita kecik2 dulu....
kenangan bersama teman2 dan alam sekolah..
so sweeet!!!