Bila ingat-ingat balik tak sangka dah masuk raya ke 10 ari ni. Sekejap sangat-sangat.. Tapi kan, percaya atau tidak, tahun ini saya tak dapat lansung kad raya. Walaupun sekeping! Sedih.. Tahun lepas adalah jugak sekeping dua.. Hurm da naseb badan:-)
Rasa tak seronok pulak bila beraya tapi tak dapat kad raya. Sekarang ramai yang lebih berminat untuk mengucap hari raya dengan hanya kiriman sms dan melalui facebook sahaja. Sedih jugak.Sentimental value tu dah tak ada. Saya rasa penjual kad raya mungkin boleh bankrupt kot... Macam mana ya? Hmmm.. Tapi saya pun buat jugak. save bajet la katakan,.Hehe..
Teringat masa zaman kecik-kecik dulu.. Aci redah ja... Kumpul kad raya la.. Kumpul duit raya la.. Pergi beraya rumah kawan-kawan. Kadang-kadang tu rumah entahsiapasiapa pun belasah jugak semata-mata nak duit raya. Tahu tak, disebabkan misi kami itu, kami sampai kena kejar anjing! Tapi yang dasyat lepas tu, sambung beraya ke rumah entahsiapasiapa lagi.. Then, kira duit raya siapa paling banyak..Kadang-kadang tu saya, keluarga dan kawan-kawan masing-masing berlumba-lumba kumpul kad raya. Siapa yang paling banyak, dia menang! Lepas tu kad raya tu buat perhiasan raya kat rumah. Ada yang tampal kad raya kat dinding, sangkut kat pokok bunga, ada yang gantung kat tangga dan macam-macam lagi la. Pendek kata kadang-kadang tu sampai tunggu abang posmen datang depan rumah kot-kot ada dapat kad raya. Oh, balas-balas pantun perkara biasa. Kadang-kadang tu setiap kad raya pasti ada pantun punya. Kira pantun wajib dan popular zaman dulu macam:
Pecah kaca
Pecah gelas
Sudah baca
Harap balas
Pantun ni sangat popular sehingga dari generasi ke generasi kot. Takpun 1 Malaysia guna pantun ni..
Kenapa eh, sekarang dah tak dapat semua benda-benda ni lagi? Rindu jugak bila teringat balik kenangan masa kecik-kecik dulu. Tapi mustahil untuk diputarkan zaman.. Oleh itu,
Saya ingin mengucapkan
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin... 0-0 ok...!!
No comments:
Post a Comment