Thursday, September 23, 2010

lappy:jantan ke betina?




Jgn xtau lak korang.....laptop pun ada jantina...

so, nak tahu tak jantina laptop yg selalu di ngadap tiap2 hari tu? jantan ke betina....try la kompom boleh gelak


buat je step kt bwh ni...are u reddy my prenz...ok wat tarian ponco2 dolo..adehhhh sile lempang ak bila ak melalutt..


ni step2 nya....korang wat la dolo ak nak harvest padi ak da masak kat farmville ;-P


1. Buka notepad.....APA????x tau kat mana menatang ni???ISH ISH meh cikgu nak bgtau... sile p kat all program n than clik,nampak x accesories file??bile nampak tekan yg tu la.. dlm tu ade notepad..bile da terbuka tu....kmudian copy dan paste ayat ini dalam notepad:

CreateObject("SAPI.SpVoice").Speak"I love YOU"

MCM NI





2. Selepas itu tekan save. Ubah save as type kepada All Files (pastikan korang save di desktop supaya senang nak cari/buka nanti).

Save as = love u.vbs


3. Close notepad apabila habis save. Then double click file td (love u.vbs) dan akan dengar suara "i love u." (sile buka volume sekuat mungkin!!!! bg yg ade masalah pendengaran!!)


Cuba dengar btul2 suara "i love u" tu....suara lelaki ke perempuan?

Kalau dengar lelaki maknanya laptop korang tu jantan dan begitu le sebaliknya....anda buat anda dpt!!


lepas ni becinta la ngan leppy anda..




NOTA KAKI KIRI:LAPPY SAYA POMPUAN!!

Sunday, September 19, 2010

selamat ari raya semua!!kosong2 okes!!

Bila ingat-ingat balik tak sangka dah masuk raya ke 10 ari ni. Sekejap sangat-sangat.. Tapi kan, percaya atau tidak, tahun ini saya tak dapat lansung kad raya. Walaupun sekeping! Sedih.. Tahun lepas adalah jugak sekeping dua.. Hurm da naseb badan:-)

Rasa tak seronok pulak bila beraya tapi tak dapat kad raya. Sekarang ramai yang lebih berminat untuk mengucap hari raya dengan hanya kiriman sms dan melalui facebook sahaja. Sedih jugak.Sentimental value tu dah tak ada. Saya rasa penjual kad raya mungkin boleh bankrupt kot... Macam mana ya? Hmmm.. Tapi saya pun buat jugak. save bajet la katakan,.Hehe..

Teringat masa zaman kecik-kecik dulu.. Aci redah ja... Kumpul kad raya la.. Kumpul duit raya la.. Pergi beraya rumah kawan-kawan. Kadang-kadang tu rumah entahsiapasiapa pun belasah jugak semata-mata nak duit raya. Tahu tak, disebabkan misi kami itu, kami sampai kena kejar anjing! Tapi yang dasyat lepas tu, sambung beraya ke rumah entahsiapasiapa lagi.. Then, kira duit raya siapa paling banyak..Kadang-kadang tu saya, keluarga dan kawan-kawan masing-masing berlumba-lumba kumpul kad raya. Siapa yang paling banyak, dia menang! Lepas tu kad raya tu buat perhiasan raya kat rumah. Ada yang tampal kad raya kat dinding, sangkut kat pokok bunga, ada yang gantung kat tangga dan macam-macam lagi la. Pendek kata kadang-kadang tu sampai tunggu abang posmen datang depan rumah kot-kot ada dapat kad raya. Oh, balas-balas pantun perkara biasa. Kadang-kadang tu setiap kad raya pasti ada pantun punya. Kira pantun wajib dan popular zaman dulu macam:

Pecah kaca
Pecah gelas
Sudah baca
Harap balas

Pantun ni sangat popular sehingga dari generasi ke generasi kot. Takpun 1 Malaysia guna pantun ni..

Kenapa eh, sekarang dah tak dapat semua benda-benda ni lagi? Rindu jugak bila teringat balik kenangan masa kecik-kecik dulu. Tapi mustahil untuk diputarkan zaman.. Oleh itu,


Saya ingin mengucapkan

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin... 0-0 ok...!!